15 Desember 2008

TEORI PERTUMBUHAN TAHAP LINEAR ROSTOW

TEORI PERTUMBUHAN TAHAP LINEAR ROSTOW

Bagi teori ini, ia melihat ekonomi pembangunan sebagai satu proses linear. Akan tetapi, model Rostow telah gagal kerana andaian yang salah dalam struktur unit akaun kerana tabungan dan pelaburan yang rendah dalam negara sedang membangun. Terdapat banyak idea mengenai tahap pembangunan pada akhir abad 18. Adam Smith merupakan tokoh pertama yang menyatakan bahawa setiap masyarakat tumbuh melalui 4 tahap iaitu memburu, paderi, pertanian dan perkilangan. Bagi Karl Marx pula, sesebuah masyarakat tumbuh melalui Feudalisme, Kapitalisme, Sosialisme dan Komunisme. Dalam modal pertumbuhan tahap W. Rostow pula, pembangunan didefinisikan berdasarkan tambahan idea-idea kedua-dua tokoh ini.

Pada awal 50s, selepas Perang Dunia II, kebanyakan negara yang dijajah telah mendapat merdeka. Bawah regim komunis, negara yang baru merdeka merupakan Negara kapital telah cuba menggunakan polisi yang ketat bagi meletakkan negara yang kurang membangun kepada sebahagian pembangunan. Dalam perancangan U.S.Mashall telah berjaya mengubah daripada negara yang berasaskan pertanian kepada negara sedang membangun yang menjalankan kegiatan industri dan memimpin maklumat bagi teori tahap Rostow's. Dalam peralihan daripada negara kurang membangun kepada negara membangun, beberapa tahap dalam proses bagi sesebuah negara haruslah dilalui. Rostow's telah menghuraikan tahap-tahap ini kepada 5 tahap iaitu yang dikenali sebagai Teori Pembangunan Linear.

TAHAP TEORI PERTUMBUHAN LINEAR ROSTOW

TAHAP 1: MASYARAKAT TRADISIONAL (TRADITIONAL SOCIETY)
Ini merupakan tahap paling awal sesebuah negara dalam mencapai pembangunan yang lebih kurang sama dengan masyarakat memburu Adam Smith dan masyarakat Feudal Karl Marx.

TAHAP 2: PERUBAHAN (TRANSITIONAL STAGE)
Tahap ini merupakan prasyarat bagi tahap lepas landas (take-off). Dalam tahap ini, terdapat pertumbuhan tabungan, pelaburan dan pengusahaan. Lebihan perdagangan akibat pertumbuhan telah menyokong kemunculan infrastruktur pengangkutan.

TAHAP 3: LEPAS LANDAS (THE TAKE-OFF)
Tahap ini adalah tahap dalam penting daripada 5 tahap model Rostow. Terdapat 3 ciri utama dalam sektor ini yang dapat dikenal pasti.
-Terdapat peningkatan dalam pelaburan secara produktif iaitu mencapai pertumbuhan daripada bawah 5% kepada lebih daripada 10% daripada pendapatan negara.
-Terdapat kadar pertumbuhan yang tinggi bagi pembangunan dalam satu atau lebuh sektor perkilangan.
-Kewujudan yang cepat bagi rangka kerja politik, sosial dan institusi yang mendorong perkembangan sektor moden.

TAHAP 4: MENUJU KE ARAH KEMATANGAN (DRIVE TO MATURITY)
Ia adalah tahap di mana semua rintangan atau halangan bagi lepas landas (take-off) diatasi atau diubah suai. Masyarakat harus melancarkan diri kepada masyarakat yang dapat menampung keperluan asas bagi mencapai pertumbuhan ekonomi.

TAHAP 5: PERBELANJAAN TINGGI (HIGH MASS CONSUMPTION)
Ini merupakan tahap jangkaan. Semua masalah sebelum pembangunan dapat diselesaikan dan masyarakat akan mencapai tahap perbelanjaan yang tinggi jika keempat-empat tahap ini dicapai.


IMPLIKASI
Pembangunan memerlukan pelaburan yang banyak dalam modal pelengkapan. Bagi menggalakkan pertumbuhan dalam negara sedang membangun, pelaburan harus dicipta untuk memenuhi keperluan ekonomi bagi mencapai tahap perubahan. Model Rostow agak terhad bagi menerangkan pembangunan. Biasanya, penentuan bagi tahap pembangunan ekonomi sesebuah negara adalah bergantung kepada kualiti dan kuantiti sumber, teknologi sesebuah negara, dan struktur institusi sesebuah negara misalnya peraturan kontrak. Rostow telah menerangkan pengalaman pembangunan negara barat tetapi tidak menerangkan pengalamannya dalam bentuk kebudayaan dan tradisi yang berbeza yang merupakan kekangan yang dapat mempengaruhi pembangunan sesebuah Negara. Contohnya Sub Sahara hanya mempunyai sedikit pengalaman dalam ekonomi pembangunan sahaja.


MODEL HARROD-DOMAR

LATAR BELAKANG
Modal ini diperkenalkan oleh Sir Roy F. Harrod (1900-1978) & Evsey Domar (1914-1997) yang merupakan tokoh paling awal mengkaji teori umum yang dicipta oleh Keynes. Mereka mengkaji teori ini secara berasingan sehingga membentuk apa yang diketahui dengan analisis pertumbuhan Harrod-Domar. Domar membezakan output sebenar dengan output potensi di mana output sebenar adalah bergantung kepada permintaan pengguna manakala output potensi pula bergantung kepada pelaburan stok modal. Harrod pula menjelaskan perhubungan antara pertumbuhan modal dengan pertumbuhan output. Apabila pelaburan modal meningkat, pengeluaran output juga akan meningkat. Akhirnya, teori yang disampaikan oleh kedua-dua tokoh ini telah memberi satu kesimpulan yang sama yang diberi nama sebagai Modal Harrod-Domar.


MODEL PERTUMBUHAN DOMAR

1. Penciptaan Kapasiti Kesan Daripada Pelaburan
Domar menyatakan pelaburan bersih yang dilaburkan ke dalam stok modal akan menyebabkan pengeluaran kapasiti ekonomi bertambah dan seterusnya menyebabkan pendapatan negara meningkat. Beliau berpendapat bahawa perubahan dalam kapasiti pengeluaran (Perubahan Yq) adalah bergantung kepada tahap pelaburan (I) dan potensi produktiviti pelaburan baru (s).

Perubahan Yq = Is--------------------(1.1)

Andaikan potensi produktiviti pelaburan baru (s) ialah 0.3, Kecenderungan Menabung Marginal (MPS) ialah 0.2 dan keseimbangan pendapatan asal ialah RM500 juta. Jadi, tabungan akan menjadi RM100 juta kerana pelaburan adalah sama dengan penabungan (I=S) dalam keseimbangan pendapatan. Pelaburan yang bernilai RM100 juta itu akan menyebabkan peningkatan kapasiti pengeluaran ekonomi dan potensi pendapatan sebanyak RM30 juta (RM100 juta x 0.3). jadi, pendapatan negara sekarang ialah RM530 Juta (RM500 + RM30 juta). Jika pendapatan negara pada masa sekarang masih mempunyai baki RM500 juta selepas pertambahan perbelanjaan pelaburan, ini bermakna ekonomi negara dengan baik dan mempunyai masalah pengangguran. Pelaburan sebenarnya akan mengembangkan kapasiti negara untuk peningkatan pengeluaran output dan pendapatan negara.

2. Penciptaan Permintaan Berkesan Daripada Pelaburan
Oleh sebab fungsi perbelanjaan pengguna dalam model Keynesian adalah stabil, jadi pertambahan pendapatan akan menyebabkan pertambahan dalam perbelanjaan pengguna. Perbelanjaan pelaburan merupakan sumber yang boleh meningkatkan permintaan agregat dari semasa ke semasa. Jadi, jumlah perbelanjaan pelaburan pada tahun akan datang mesti melebihi jumlah perbelanjaan pada masa kini.

Perubahan Yd = Perubahan I (1/a)--------------------(1.2)
Di mana,
Perubahan Yd = Perubahan pendapatan negara.
Perubahan I = Perubahan dalam perbelanjaan pelaburan.
a = Kecenderungan Menabung Marginal (MPS).

MPS = 1-MPC (Kecenderungan Mengguna Marginal). Sekiranya MPC meningkat, MPS (a) akan jatuh dan nilai pengganda (1/a) akan menjadi nilai yang besar. Jadi, pertambahan pelaburan akan mempengaruhi besar terhadap pertambahan pendapatan negara.

3. Keperluan Bagi Keseimbangan Pertumbuhan.
Domar berpendapat bahawa keseimbangan bergantung kepada kadar pertumbuhan pendapatan yang melibatkan guna tenaga penuh sepanjang masa. Ia akan mencapai keseimbangan apabila perubahan dalam kapasiti pengeluaran (Perubahan Yq) dalam persamaan (1.1) sama dengan keberkesanan permintaan (Perubahan Yd) dalam persamaan (1.2).

Perubahan Yq = Perubahan Yd--------------------(1.3)

Kemudian gantikan nilai bagi perubahan Yq dan Perubahan Yd ke dalam persamaan (1.3)

Is = Perubahan I (1/a)--------------------(1.4)
Perubahan I/I = s a--------------------(1.5)

Untuk mendapatkan kadar pertumbuhan pendapatan bersesuaian dengan pertumbuhan pendapatan kapasiti, kadar peratusan peningkatan pelaburan (Perubahan I/I) mestilah sama dengan potensi produktiviti pelaburan (s) dan kecenderungan penabungan (a). Berdasarkan contoh di atas yang telah digunakan, pendapatan negara telah meningkat dari RM500 juta kepada RM530 juta sebanyak 6%. Oleh sebab kecenderungan tabungan ialah 0.2, jadi gandaan 1/a ialah 5 (1/0.2). jadi untuk mencapai peningkatan pendapatan sebanyak RM6 juta (RM30 juta/5). Pelaburan pada awal tahun ini telah meningkat sebanyak 6% (RM6 juta/RM 100 juta). Kita boleh mengenal pasti kenyataan ini melalui persamaan (1.5) di mana peningkatan pendapatan (Perubahan I/I) berkadar sebanyak 0.06 (6%) adalah sama dengan pendaraban potensi produktiviti pelaburan (s = 0.3) dengan kecenderungan menabung (a = 0.2).


MODEL PERTUMBUHAN HARROD-DOMAR
Dalam sesebuah ekonomi, sebahagian nisbah pendapatan negara harus disimpan untuk menggantikan barangan modal yang digunakan untuk bangunan, kelengkapan dan material. Manakala pelaburan yang baru pula amat diperlukan dalam mewakili stok modal. Andaikan terdapat hubungan secara langsung antara saiz jumlah stok modal dengan GNP (Y). jika modal sebanyak RM3 adalah diperlukan untuk menghasilkan RM1 GDP. Ini bermakna pelaburan baru dalam stok modal akan meningkatkan output negara iaitu GDP akan meningkat. Ini bermakna Nisbah Modal-Output adalah 3:1.

Katakan,
k = nisbah modal output
s = nisbah tabungan negara

Kadar output ditetapkan pada 6% dan jumlah pelaburan baru adalah ditentukan oleh tabungan. Maka kita boleh menghasilkan satu modal pertumbuhan ekonomi yang mudah.

Tabungan merupakan sebahagian kadar daripada pendapatan negara (Y). ini bermakna tabungan bahagian linear dengan Y.

S = sY--------------------(1.1)

Pelaburan (I) merupakan perubahan dalam stok modal, k dan akan diwakili oleh perubahan K.

I = Perubahan K--------------------(1.2)

Oleh kerana jumlah stok modal, k, mempunyai hubungan secara langsung dengan output iaitu Y, maka nisbah Modal-Output,

k = K/Y
k = Perubahan K/Perubahan Y

Maka,
Perubahan K = k Perubahan Y--------------------(1.3)

Akhirnya tabungan akan sama dengan pelaburan.

S = I--------------------(1.4)

Daripada persamaan (1.1), kita tahu bahawa S = sY adalah daripada (1.2) dan (1.3). ini bermakna

I = Perubahan K = k Perubahan Y

Jadi,
S = sY = x Perubahan Y = Perubahan K = I--------------------(1.5)
sY = k Perubahan Y--------------------(1.6)
Perubahan Y/Y = s/k--------------------(1.7)

Dengan, Perubahan Y/Y = kadar pertumbuhan ekonomi negara

Persamaan (1.7) merupakan persamaan ringkas yang terkenal dalam Teori Pertumbuhan ekonomi Harrod-Domar yang menyatakan nisbah pertumbuhan bagi GNP (Perubahan Y/Y) yang ditentukan dengan gabungan nisbah tabungan s dan Nisbah Modal-Output, k. Tanpa campur tangan kerajaan, nisbah pertumbuhan pendapatan negara mempunyai hubungan positive dengan nisbah tabungan. Ini bermakna semakin tinggi tabungan dan pelaburan, semakin tinggi pertumbuhan bagi GNP dicapai. Akan tetapi GNP adalah berhubung negatif dengan Nisbah Modal-Output,k iaitu semakin tinggi k, semakin rendah nisbah pertumbuhan bagi GNP.

Kesimpulannya, untuk meningkatkan atau mencapai pertumbuhan, sesebuah ekonomi mesti menabung untuk tujuan melabur dalam GNP. Semakin banyak mereka simpan dan labor, semakin cepat pertumbuhan berlaku. Sebenarnya, berapa tambahan output daripada tambahan unit pelaburan boleh diukur dengan terbalikkan Nisbah Modal Output, k. Ia akan menjadi 1/k (nisbah output-modal) atau nisbah output pelaburan. Kemudian, darabkan nisbah pelaburan baru, s = I/Y dengan produktiviti. 1/k akan memberi Nisbah Pendapatan Negara atau GNP akan meningkat.


HALANGAN-HALANGAN
Dalam modal Pertumbuhan Harrod-Domar, pertumbuhan ekonomi adalah pertambahan kadar tabungan pendapatan negara. Jika kita dapat menaikkan nilai s, kita akan dapat meningkatkan Perubahan Y/Y iaitu Nisbah Pertumbuhan GNP.

Contoh
Andaikan Nisbah Modal-Output=3 dalam sesetengah negara yang kurang membangun dan kadar tabungan agregat = 6% daripada GNP, ini bermakna negara tersebut telah tumbuh 2% setahun sebab

Perubahan Y/Y = s/k = 6%/3 = 2%

Jika kadar tabungan meningkat daripada 6%-15% melalui peningkatan cukai, bantuan negara sing dan sebagainya. Maka, pertumbuhan GNP akan meningkat daripada 2%-5%

Perubahan Y/Y = s/k = 15%/3 = 5%

Pada hal, Rostow mendefinisikan tahap lepas landas (take-off) dengan teliti bahawa Negara yang mampu menabung 15-20% daripada GNP dan ia boleh tumbuh dengan kadar yang lebih cepat. Tambahan pula, dengan pertumbuhan ini, ekonomi akan capai keadaan menampung keperluan asas. Dalam pertumbuhan ekonomi dan pembangunan terdapat peningkatan tabungan dan pelaburan yang ketara.


KEKANGAN-KEKANGAN MODEL
Kekangan pertama adalah tahap modal baru yang rendah di kebanyakan negara yang miskin merupakan masalah yang utama untuk mencapai pertumbuhan. Misalnya, jika negara hendak mencapai pertumbuhan katakan pada kadar 7% setahun. Jika ia tidak dapat menghasilkan tabungan dan pelaburan pada kadar 21% daripada pendapatan negara tetapi hanya mampu menghasilkan tabungan 15%. Ini bermakna terdapat jurang tabungan sebanyak 6% antara pelaburan bantuan asing atau pelaburan swasta. Kedua adalah tahap kekayaan modal sesebuah negara iaitu pendekatan pertumbuhan dan pembangunan menjadi lebih rasional dengan alat yang bersifat oportunis bagi membuktikan pemindahan modal dan teknikal daripada negara membangun kepada negara kurang membangun.


KESIMPULAN
Dalam Teori Pembangunan Linear Rostow, sesebuah negara yang hendak mencapai pertumbuhan ekonomi haruslah melalui beberapa tahap iaitu Tahap Masyarakat Tradisional, Tahap Perubahan, Tahap Lepas landas (take-off), Tahap Ke Arah Kematangan dan akhir sekali adalah Tahap Mencapai Perbelanjaan Tinggi. Mengikut Teori Rostow, pembangunan memerlukan pelaburan yang banyak dalam bentuk modal bagi menggalakkan pertumbuhan dalam negara terutama bagi negara yang sedang membangun. Manakala, bagi Modal Harrod-Domar pula, pelaburan amat diperlukan ke atas stok modal yang dapat mempengaruhi pengeluaran negara dan seterusnya menyebabkan pendapatan negara meningkat. Ini bermakna pertumbuhan sesebuah ekonomi adalah bergantung kepada tabungan yang ada yang akan digunakan untuk pelaburan. Semakin banyak tabungan sesebuah negara, semakin banyak pelaburan yang dapat dilakukan. Akan tetapi, dalam Modal Harrod-Domar, terdapat 2 kekangan yang utama dalam pertumbuhan negara iaitu tahap kapital baru yang rendah dan tahap kekayaan kapital yang bersifat oportunis bagi membuktikan pemindahan modal dan teknikal.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Silahkan memberikan komentar tapi yang membanguna ya...!!!!!!